Betik Untuk Kolesterol

kolesterol

Buah betik mempunyai banyak  kelebihan dari segi perubatan sejak zaman dulu lagi. Ianya merupakan buah yang mudah untuk dihadamkan, selain itu ia juga membantu dalam proses pencernaan. Selain bagus sebagai cara menurunkan kolesterol dengan mudah, Buah betik yang masak dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka.

cara menurunkan kolesterol

Buah betik mempunyai manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan serta cara menurunkan kolesterol. Buah betik adalah buah yang sangat baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang diperolehi, ianya juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan kita. Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara yang beriklim tropika. Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

kolesterol

BUAH BETIK PENAWAR MASALAH LIMPA

Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.

kolesterol

JUS BETIK MERAWAT PENYAKIT TEKAK

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

 

CIRI CIRI POKOK BETIK

Pokoknya hanya setinggi 2-7 m, tengahnya berongga, kulit berparut dari batang daun. Daun majmuk, besar, tangkai daun panjang berongga, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5 kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil, coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong.

kolesterol

DAUN BETIK

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Pucuk daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa pengambilan pucuk daun betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila muncul sahaja bintik-bintik merah. Selain cara menurunkan kolesterol, Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan boleh jumlah platelet. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

 

DAUN BETIK MENGHENTIKAN PENDARAHAN
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian ditekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

kolesterol

BIJI BETIK DIGUNAKAN SEBAGAI CARA MENURUNKAN KOLESTEROL

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Salah-satunya adalah membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita.

Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari menjadi racun yang membuatkan masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan kita. Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat adalah cara menurunkan kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

Biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi, ianya sangat bagus sebagai cara menurunkan kolesterol tinggi yang ada dalam salur darah kita.

Saponin yang ada dalam biji betik bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu. Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka salah satu cara menurunkan kolesterol dalam darah yang sangat berkesan.

 

BIJI BETIK MERAWAT MASALAH HATI

Biji betik dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan

dicampurkan dengan 10 titis jus limau ianya boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

kolesterol

GETAH BETIK MENGATASI TUMIT PECAH

Tumit pecah pecah adalah masalah kita banyak berjalan pada waktu musim panas atau kemarau, bila anda mengalami masalah ini, ambil betik muda gosokkan getahya pada ruang tumit yang pecah pecah, biarkan selama 15 minit lalu cuci sampai bersih Lakukan cara tersebut sekali dalam sehari. 

kolesterol

MELEGAKAN SAKIT GIGI

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

kolesterol

Selain mudah sebagai cara menurunkan kolesterol, buah betik ada banyak kelebihan lain yang boleh diperolehi selain untuk hidangan sebagai kudapan ianya juga baik untuk kesihatan, malah banyak produk kecantikan yang menggunakan hasil dari buah betik contoh sabun betik, syampu dan sebagainya. Namun, betik juga dipercayai baik untuk menjaga kecantikan mulai daripada bijinya, buah, bunga sehingga ke getah. Apatah lagi murah harganya dan boleh ditanam sendiri dirumah.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *