Masalah Kolestrol Tinggi? Jom ikut Resepi Ini

Kolestrol tinggi adalah masalah yang makin meningkat dalam kalangan masyarakat kita. Menurut Menteri Kesihatan, dalam kajian pada tahun 2015, seramai 9.6 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kolestrol tinggi.

Masalah ni bukan saja berlaku kepada orang obes, tapi juga kepada orang yang kurus dan aktif. Malah, ramai orang yang aktif bersuka juga mengalami masalah salur darah tersumbat dan serangan jantung.

cara menurunkan kolesterol

Sumber kolesterol dalam tubuh kita sangat dipengaruhi oleh faktor pemakanan kita sehari-hari. Hampir kebanyakan makanan mengandungi kolesterol dan sukar untuk dielakkan.

Snek, makanan segera, makanan bergoreng, daging bakar, aiskrim, muffin, makanan laut dan pelbagai lagi adalah antara contoh makanan berkolesterol tinggi.

Jangan ambil ringan tentang bahaya kolesterol di dalam darah. Jika kolesterol dibiarkan termendap, semakin lama akan menyebabkan salur darah tersumbat. Risiko kita untuk mendapat serangan jantung dan strok adalah lebih tinggi.

Jika anda mempunyai tahap kolestrol tinggi atau mempunyai tanda-tanda kolestrol yang membimbangkan. Anda tidak perlu risau lagi kerana berbagai makan dan ramuan tradisional untuk menurunkan kolestrol di dalam badan boleh didapati.

Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman kolestro.com yang telah terbukti keberkesanannya.

Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sudah tentunya kolestrol tinggi.

Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.

Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:


Bahan-bahan:

– 500 gram bawang putih
– 500 gram halia
– 1 cawan perahan lemon
– 1 cawan apple cider
– 1 cawan madu

Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:

1. Masukkan bawang putih dalam blender, tambahkan 2 cawan air. Blend dan tapis. Gunakan air tersebut untuk blend halia pulak dan tapis jusnya.

2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.

3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.

Cara minum:

– 1 sudu besar pagi sebelum SARAPAN (seeloknya bangun tidur)
– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda. Selamat mencuba!

kolestrol tinggi

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *