Cara Menurunkan Kolesterol Berkesan dengan Tempe

cara menurunkan kolesterol

Siapa yang tidak kenal dengan Tempe?, pasti semua kenal dan sukakannya kerana tempe makanan yang sangat unik serta enak dijadikan sebagai makanan asas, ianya dikategorikan sebagai makanan Vegetarian. Makanan yang berasal dari Indonesia ditemukan pada tahun 1875 ini mula mendapat tempat di seluruh dunia. Tempe sangat sinonim dengan orang Jawa.Tempe sangat bergizi dan kaya dengan protein, boleh dimakan atau dimasak dalam apa cara sekalipun. Ia dikatakan makanan yang hebat kerana proses penapaian yang menjadikan tempe sebagai makanan  asas sumber probiotik, iaitu bakteria baik yang dapat membantu menjaga kesihatan usus dan sistem imuniti tubuh badan..Tidak hairanlah tempe juga sebagai salah satu cara menurunkan kolesterol secara semula jadi dan ianya murah.

cara menurunkan kolesterol

Menurut Prof. Dr.Made Astawan, Guru Besar dari Institut Pertanian Bogor, tempe memang mengandungi zat antibakteria, juga berpotensi digunakan untuk melawan radikal bebas untuk menghalang proses pencernaan dan mencegah berbagai penyakit malah satu cara menurunkan kolesterol hingga boleh mengatasi hipertensi.

Tempe merupakan makanan tradisional yang bahan utamanya dari kacang soya. Walaupun makanan tradisional, tapi tempe ini termasuk dalam kategori makanan import, kerana kacang soya yang digunakan untuk membuat tempe datang dari luar negara.. Bagus untuk menyembuhkan kesihatan serta cara menurunkan kolesterol.

cara menurunkan kolesterol

TEMPE DARI KACANG SOYA

Protein soya ialah sumber yang sangat baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia bagus untuk membantu mencegah penyakit jantung. Terdapat pelbagai makanan yang berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas dan sihat. Soya mempunyai hanya 3.7 gram lemak tepu dan kurang daripada 225 kalori, ianya bagus sebagai cara untuk menurunkan kolesterol kerana proses penapaian telah terbukti dapat mengurangkan kandungan lemak padanya.

CARA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT(LDL)

Tempe mengandungi protein yang sangat tinggi. Tidak seperti protein lain dari sumber haiwan, protein dalam tempe memiliki banyak manfaat tambahan dalam menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Justeru itu, tempe dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung, stroke dan darah tinggi. Selain cara menurunkan kolesterol, tempe juga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah dan trigliserida bagi penghidap diabetes.

cara menurunkan kolesterol

MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Selain bagus sebagai cara menurunkan kolesterol, Tempe juga mengandungi magnesium yang memainkan peranan penting dalam sistem kardiovaskular dan bertanggungjawab terhadap proses metabolism dalam tubuh. Magnesium juga membantu mencegah terjadinya pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, menjaga kekuatan tulang, dan membantu mencegah komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.

cara menurunkan kolesterol

MELINDUNGI SISTEM PENCERNAAN

Tempe juga mengandung serat makanan yang baik bagi tubuh badan. Serat memainkan peranan dalam mengikat lemak dan kolesterol yang membantu mengawal berat badan. Selain itu, serat yang terkandung dalam tempe sangat baik dalam menjaga kesihatan usus dan sistem pencernaan.

MENGATASI MASALAH MENOPAUSE

Tempe yang diperkaya dengan isoflavon membantu mengawal hormon estrogen. Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa isoflavon dalam soya boleh mengurangkan rasa panas dalaman dan tidak nyaman pada wanita yang menghidap menopause.
Tempe juga turut mengandungi riboflavin atau dikenali sebagai vitamin B2. Mikronutrisi ini berperanan penting dalam metabolisme tenaga dan juga sangat diperlukan dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Selain itu, ia juga penting dalam pembentukkan sel darah merah. Ianya bagus untuk sumber tenaga dan keperluan seharian kita selain sebagai cara menurunkan kolesterol secara semulajadi.

cara menurunkan kolesterol

MASALAH ANEMIA

Kandungan tempe yang mempunyai zat besi(Fe), tembaga(Cu), zink(Zn), protein, asam folat, dan vitamin B12 yang dapat mengelakkan Anemia.

cara menurunkan kolesterol

MENCEGAH OSTEOPOROSIS

Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, cuba mengamalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

cara menurunkan kolesterol

Banyak lagi  khasiat lain yang datangnya dari tempe, selain untuk cara menurunkan kolesterol serta kesihatan lain, malah untuk kecantikan seperti awet muda dan ianya juga boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit anda. Produk soya yang ditapai telah terbukti dapat meningkatkan asid hyaluronic (HA) pada kulit anda. HA bertidak menganjal dan melembapkan kulit secara semulajadi. Tempe adalah makanan sederhana yang sebenarnya sangat istimewa, jika kita semua tahu akan banyak manfaatnya, pasti kita akan lebih mengkaji tentang kebaikan tempe untuk kesihatan. Tempe boleh diolah dalam pelbagai cara seperti diproses sebagai kerepek, keropok, dan macam macam lagi, yang paling sederhana digoreng. Jangan risau harga tempe dalam pasaran tidak mahal malah tersangatlah murah, tempe ada dijual di mana mana pasaraya, pasar tradisional atau moden. Selain enak untuk masakan, juga bagus sebagai cara menurunkan kolesterol yang paling berkesan.

cara menurunkan kolesterol

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Justeru itu anda haruslah sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang sihat, serta kerap melakukan senaman dan sentiasa aktif. Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dicegah. Pelbagai perubatan serta cara menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah gaya pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan, bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *