https://media.giphy.com/media/5bokxqpZSmNhiJQXmh/giphy.gif

“KIKIS KOLESTEROL DENGAN KUBIS BUNGA”

Bila sebut pasal Kolesterol, sesetengah dari kita  mengaitkan ianya dengan pemakanan. Itu tanggapan kita selama ini. Tetapi tahukah kita apakah sebenarnya kolesterol ni. Jahat atau berbahaya sangat ke kolesterol ni? Mari kita huraikan secara ringkas apa sebenarnya kolesterol ini dan sebaiknya anda harus  mencari cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan anda secara semulajadi. Seperti sayuran pada umumnya sangat bagus untuk menurunkan serta mengurangkan kadar kolesterol tinggi dalam badan anda.

cara menurunkan kolesterol

cara menurunkan kolesterol

KUBIS BUNGA adalah salah satu cara  menurunkan kolesterol, ianya terdiri daripada beberapa sayur-sayuran dalam spesies Bracissa Oleracea, dalam famili Bracisscaceae Ianya merupakan satu tumbuhan tahunan yang dibiakkan dengan benih. Biasanya, hanya kepala yang berwarna putih dimakan. Kepala kubis bunga terdiri daripada Jambak Meristem putih. Kepala kubis bunga menyerupai Brokoli, yang membezakan Brokoli dengan Kubis Bunga ialah tunas bunga. Brassica oleracea juga termasuk Brokoli, Kubis Brussels, Kubis, Kailan, Dan Kale, walaupun mereka adalah berbeza Kumpulan Kultivar.

Kubis Bunga tentunya akan memberi manfaat kepada kesihatan tubuh anda, secara khususnya ia ternyata mempunyai banyak khasiat. Kubis Bunga mempunyai PHYTOSTEROL, yang sangat bagus untuk mencegah penyerapan serta cara menurunkan  kolesterol secara berlebihan di usus halus anda. Asam Lemak Omega-3 untuk meningkatkan kadar HDL , sekaligus mengurangi kadar LDL dalam darah serta Anti Oksidan dan Vitamin C yang akan mencegah peningkatan kadar LDL dalam salur darah.

Kubis Bunga juga  mengandungi beberapa Fitokimia, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan manusia, dan juga karotenoids. Kubis Bunga sangat rendah lemak, rendah karbohidrat dan tinggi dalam SeratFolat, Air, dan Vitamin C, serta mempunyai ketumpatan pemakanan yang tinggi dan ianya bagus sebagai salah satu cara menurunkan kolesterol secara semulajadi. Selain dari Kubis Bunga, antara alternatif lain untuk menurunkan kolesterol adalah:-

cara menurunkan kolesterol

1.Mengamalkan hidup yang aktif serta perbanyakkan melakukan senaman 3 kali seminggu, dengan senaman dapat mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak 2% juga cara menurunkan kolesterol yang sangat efektif.

cara menurunkan kolesterol

2.Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Jika anda berjaya harungi sebulan tanpa rokok, simptom seperti insomnia, depresi, cepat  marah serta kebimbangan juga akan berkurangan.

cara menurunkan kolesterol

 3.Berdiet jika terlalu gemuk dengan menghadkan memakan makanan terlalu manis, kurangkan pengambilan karbohidrat.

4.Kurangkan pengambilan makanan berlemak seperti tenusu, daging merah, elakkan mengambil serta memakan organ dalaman haiwan sepeti paru, otak lembu, hati dan sebagainya.

cara menurunkan kolesterol

5.Perbanyakkan pengambilan pemakanan yang sihat dan baik dengan banyak mengamalkan memakan buah buahan, sayuran, kekacang serta ikan, kemungkinan kadar kolesterol anda tetap dalam keadaan normal. Ini adalah cara menurunkan kolesterol yang betul.

 

ANTARA PENYAKIT YANG DISEBABKAN KOLESTEROL YANG BOLEH MEMBUNUH ANDA SECARA SENYAP

cara menurunkan kolesterol

TEKANAN DARAH TINGGI adalah satu penyakit yang merujuk kepada tekanan darah melebihi tekanan normal, pesakit yang mempunyai lebih dari 140 / 90mm HG semasa keadaan rehat dijangka mempunyai tekanan darah tinggi.

cara menurunkan kolesterol

 GEJALA STROKE adalah kurangnya pengaliran darah yang membawa oksigen ke otak, sehingga menyebabkan kematian otak. Ianya terjadi disebabkan saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah. Seterusnya menyebabkan pendarahan berlaku.

cara menurunkan kolesterol

SERANGAN JANTUNG adalah terhentinya aliran darah yang menuju ke otot jantung, dan mengakibatkan jantung gagal berfungsi. Penyebab utama serangan jantung disebabkan penyumbatan pembuluh darah, ianya adalah sejenis lilin yang disebut plak terbentuk di bahagian dalam arteri jantung. Ianya disebut ATHEROSCLEROSIS.

Orang yang mempunyai berat badan melampau akan lebih cenderung memiliki kolesterol tinggi, malah yang berbadan kurus juga sangat berisiko tinggi. Hal ini sedemikian kerana mereka lebih cenderung memiliki kadar LDL yang sangat tinggi, sedangkan kadar HDL sangat rendah. Umumnya seperti yang kita ketahui, kadar LDL yang sangat tinggi akan membuatkan kolesterol akan menempel di pembuluh darah.

cara menurunkan kolesterol

LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
Dikenali sebagai kolesterol “JAHAT” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah kita.
Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah.
Makin tinggi paras LDL, maka semakin tinggi risiko dihinggap penyakit jantung

HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
Dikenali sebagai kolesterol “BAIK” kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.
Secara umumnya, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.
Semakin tinggi paras HDL adalah semakin baik. Jika ianya rendah, risiko penyakit jantung pula meningkat.

cara menurunkan kolesterol

TERAPKAN KESEDARAN DALAM DIRI ANDA

Kolesterol memainkan peranan penting dalam tubuh yang sihat. Namun, jikalau kadar kolesterol terlampau tinggi  ianya boleh membahayakan kesihatan serta merupakan faktor penyebab utama bagi Serangan Jantung, Stroke serta Tekanan Darah Tinggi. Meskipun dikalangan kita  memiliki kesedaran yang  cukup tinggi akan merbahayanya sesuatu penyakit, namun kesedaran masyarakat akan tindakan pencegahan masih di tahap yang terlalu rendah. Sebanyak 75%  mengatakan mereka tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatannya, malah yang melakukan check up dalam satu tahun terakhir hanya 17% sahaja. Anda harus sentiasa peka dan memerhatikan setiap gejala gejala yang terjadi pada tubuh serta badan anda, dengan mengetahui gejala gejala tersebut maka anda boleh mengetahui setiap masalah yang anda hadapi dan dapat melakukan langkah awal pencegahan serta mencari cara menurunkan kolesterol bagi mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini berlaku.

 

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *