Makanan Penakluk Penyakit Darah Tinggi

penyakit darah tinggi

Penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit yang bersifat kronis di mana tekanan darah pada dinding pembuluh darah arteri meningkat. Berdasarkan kajian, seseorang dianggap menghidap hipertensi apabila bacaan tekanan darah sistolik mencapai bacaan sama dengan atau lebih dari 130 mmHg dan tekanan darah diastolik sama dengan atau lebih dari 80 mmHg dalam beberapa kali pemeriksaan.

cara menurunkan kolesterol

Menjaga dan membatasi suapan garam merupakan salah satu langkah penting untuk mencegah dan mengatasi penyakit tekanan darah tinggi. Namun ini bukanlah satu-satunya langkah yang boleh kita lakukan untuk menjaga tekanan darah tetap sihat. Terapkan pola makanan sihat atu makanan atau elakkan makanan yang menyebabkan penyakit darah tinggi.

Anda perlu tahu beberapa faktor terjadinya hipertensi dan umumnya seseorang individu yang menghidap penyakit ini dinyatakan lebih dari satu faktor. Faktor-faktor risioko tersebut seperti di bawah ini :

  • Faktor genetik atau keturunan
  • Usia 65 tahun ke atas
  • Kegemukan
  • Jarang Bersenam
  • Kurang Amalkan Buah dan Sayuran / Pola Makan Kurang Sihat
  • Suapan Garam Harian Berlebihan
  • Merokok dan Pengambilan Alkohol

Dari beberapa faktor di atas, tentu faktor ganetik dan usia adalah yang tidak dapat di ubah, sementara faktor lain masih lagi dapat di ubah. Oleh itu, pada dasarnya penyakit darah tinggi boleh dicegah. Individu dengan keturunan hipertensi memang berisiko menghidapi hipertensi, namun pada akhirnya tidak semua dari mereka akan selalu menghidap hipertensi.

penyakit darah tinggi

Kenali Makanan Penakluk Penyakit Darah Tinggi

Sebahagian orang tidak sedar apa sahaja yang mereka makan setiap hari, apalagi kandungannya. Bagi anda yang ingin menjaga tekanan darah pada bacaan normal, mulakan jalani pemakanan yang sihat dengan mengurangkan suapan garam dan tahu apa setiap kandungannya.

Makanan hipertensi sebaiknya tidak diambil sekali dengan makanan yang mengandungi sodium atau natrium yang tinggi. Semakin sedikit natrium yang anda ambil, maka makin terkawal tekanan darah anda. Makanan tinggi natrium antara lain ialah makanan jeruk, makanan yang diproses, dan makanan segera.

Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi potassium, magnesium, dan serat untuk membantu mengawal tekanan darah. Jika perlu, buat catatan harian untuk mengukur kadar garam dalam makanan yang anda ambil. Jika anda mengambil makanan dalam jeruk, baca labelnya.

Makanan Penakluk Penyakit Darah Tinggi yang harus dihindari jika anda memilik tekanan darah tinggi :

  • Kopi

Anda kebiasaan suka minum kopi? Jika menghidap tekanan darah tinggi, kini masanya untuk menghilangkan kebiasaan ini. Sebenarnya tidak hanya kopi, teh dan soda pun meningkatkan tekanan darah. Semua ini terjadi kerana terdapatnya kafein yang ada pada minuman-minuman tersebut.

 

  • Daging dan makanan awet

Kedua-dua jenis makanan ini sering di olah dengan cara pengawetan dengan menggunakan garam. Dengan demikian makanan ini menjadi tinggi natrium yang merbahaya bagi penderita diabetes.

 

  • Acar

Acar timun memang nikmat di lidah, tetapi proses pembuatannya memerlukan garam agar timun tidak cepat busuk. Inilah yang membuat anda disarankan menghindarinya agar tekanan darah tidak melonjak.

 

  • Sos tambahan

Sos tomato, sos pasta, dan jus tomata yang sudah di bungkus di dalam tin mengandungi kadar natrium tinggi. Dalam satu cangkir sos-sos tersebut mengandungi lebih dari 450 mg natrium yang berpotensi menaikkan tekanan darah.

 

  • Kulit ayam dan makanan berlemak

Kulit ayam dan makanan berlemak lain, seperti daging merah, susu berlemak, dan keju, mentega, mengandungi asam lemak jenuh dan lemak trans. Lemak jenis ini dapat meningkatkan kolesterol jahat, hingga memperburuk tekanan darah tinggi anda.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *