salur darah tersumbat

Simpton Kolesterol Tinggi Perlu Ambil Tahu

Adakah anda juga tergolong mempunyai kolesterol tinggi dalam badan?

Malaysia dikenali sebagai “syurga makanan”. Pelbagai jenis makanan yang dijual dan disajikan. Tambahan pula dengan gaya hidup orang Malaysia yang suka makan, bayangkan berapa banyak kolesterol yang diserap dalam badan kita tanpa kita sedari?

cara menurunkan kolesterol

Maklumlah, sarapan pagi sahaja dah bermula dengan roti canai & teh tarik, makan petang pula semangkuk pinggan dengan juadah pembuka selera, di tambah dengan beberapa hidangan sampingan lain seperti pemanis mulut, makanan segera dan jajan.

kolesterol tinggi

Pada dasarnya kolesterol diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormone dan vitamin D, serta bahagian asid hempedu yang mencecah lemak dalam sistem pencernaan. Keperluan kolesterol dalam tubuh sebenarnya sudah mencukupi pada lemak yang dihasilkan oleh hati jika pengambilan makanan lemak tepu berkadar tinggi maka hati akan menghasilkan kolesterol lebih banyak lagi sehingga menyebabkan kolesterol yang berlebihan.

Kolesterol yang berlebihan dan tidak digunakan sesuai fungsinya akan bercampur dalam darah (lemak darah).

Simpton Badan Anda Kolesterol Tinggi

Meskipun tadi dikatakan bahawa tidak ada simpton kolesterol tinggi, sebenarnya ada beberapa indicator atau kayu ukur yang menentukan seseorang mempunyai kadar kolesterol yang berlebihan. Berikut ini gejala yang apabila diabaikan begitu saja boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan mencetuskan penyakit jantung.

Untuk keputusan yang lebih tepat lagi, sebaiknya lakukan pemeriksaan darah di klinik atau hospital berdekatan anda. Tidak semua orang mengalami simpton yang sama. Ini antara simpton kolesterol tinggi yang kebanyakan pesakit merasakannya. Antara seperti di bawah :

  • Kesakitan Pada Kaki

kolesterol tinggi

Gejala yang biasa berlaku ialah sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang mengalir masuk ke kaki menjadi terbantut.

Ada kes melaporkan bahawa kakinya terasa berat semasa melakukan kerja atau pergerakan. Rasa sakit boleh merebak di seluruh bahagian kaki seperti betis, paha, malah hingga ke punggung. Kadang-kadang jika bergerak atau berjalan ia akan hilang seketika kemudian dia akan muncul lagi jika digunakan dalam waktu yang cukup lama.

 

  • Kekejangan Kaki

Pesakit yang alami kolesterol tinggi mungkin merasa kekejangan pada waktu malam di bahagian tumit, jari-jemari kaki, atau pada bahagian bawah kaki.

Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Caranya ialah anda hanya perlu mengangkat kaki atau alaskan dengan bantal ketika tidur selama beberapa minit sehingga kekejangan akan hilang secara perlahan. Anda juga boleh sandarkan kaki pada dinding.

 

  • Kuku Berubah

Kuku mengalami perubahan disebabkan tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat salur darah menyempit oleh kolesterol tinggi. Perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas anda potong.

 

  • Kulit Berubah

Salah satu cara anda untuk memastikan kolesterol tinggi atau rendah ialah dengan cara mengangkat atau meletakkan kaki di atas meja atau bangku. Jari jemari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.

Permulaan kaki akan berubah berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Lama kelamaan perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula menhalir masuk ke kaki.

 

  • Kaki Menjadi Sejuk

Anda perlu lebih berhati-hati jika terasa sejuk hanya pada sebelah kaki sahaja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala ini, teruslah dapatkan rujukan pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

 

  • Proses Pemulihan Luka Yang Lambat

Simpton kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan pengaliran darah menjadi penyebab luka lambat pulih atau luka itu kelihatan kering tetapi tidak terus sembuh secara sepenuhnya.

 

  • Cirit-birit

Untuk metabolism lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Kebiasaannya, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada sesuatu masa hati juga tidak mampu memenuhi keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam metabolism lemak.

Apabila keadaan tubuh tidak mampu metabolismakan lemak secara sempurna, ia akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

 

  • Lesu Disertai Migrain

kolesterol tinggi

Keadaan ini tidak semestinya berlaku, tetapi jika kita lihat puncanya iaitu terganggunya proses metabolism lemak juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya di cerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan.

Rasa kenyang yang timbul akan memberi isyarat pada otak untuk tidak menerima lagi pengambilan makanan dari luar sehingga keadaan menjadi lesu dan disertakan migraine kerana sebenarnya tubuh dalam kekurangan tenaga.

 

  • Gangguan Emosi, dan Pelupa

Otak adalah sebahagian badan yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, proses metabolism lemak yang lemah membuatkan pengeluaran kolesterol darah terganggu.

Apabila kadar kolesterol jahat (LDL) lebih tinggi daripada kolesterol baik (HDL), otak akan menerima kesan seperti kurangnya daya ingatan, mudah beremosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi (sistem saraf) yang lain.

 

  • Kembung Perut

kolesterol tinggi

Oleh kerana ada masalah pencernaan makanan dan untuk metabolism lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari sinilah bermulanya timbul masalah seperti perut kembung atau sesak dada dan juga boleh menyebabkan gastrik

 

  • Lebihan Berat Badan

Selain gas, lemak juga turut berkumpul pada kawasan perut sebagai kesan sampingan dari terganggunya metabolism lemak. Kesan ini menyebabkan berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak.

 

  • Jantung Terasa Sakit dan Alami Palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihan kolesterol akan memperlahankan peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Aktiviti ini akan memberikan isyarat pada jantung untuk bekerja lebih kuat bagi mengepam darah mengalir secara normal.

Pesakit akan mengalami kesan sampingan seperti rasa sakit di jantung dan terkadang terasa berdebar-debar seperti sedang mengalami panik.

 

  • Lebam pada Beberapa Bahagian Badan

Keadaan dimana terjadi akibat pengumpulan lemak mengakibatkan terbentuknya benjolan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara sains di panggil lipoma. Ketumbuhan ini biasanya muncul di kawasan leher, tangan, perut dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut.

Dapatkan nasihat pada rujukan doktor dengan segera jika anda mengalami beberapa simptom kolesterol tinggi di atas untuk mengetahui lebih lanjut apa yang sedang tubuh anda alami. Jika benar bahawa kadar kolesterol jahat anda lebih tinggi dari kolesterol baik (HDL), cubalah ikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol ke paras yang seimbang sebelum menyebabkan komplikasi lain pada kesihatan seperti penyakit jantung dan strok.

cara menurunkan kolesterol

1 thought on “Simpton Kolesterol Tinggi Perlu Ambil Tahu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *