kolesterol tinggi

“FAST FOOD” Punca Pelbagai Penyakit Seperti Kolesterol Tinggi

Kita semua amat menyukai makanan segera yang bukan sahaja murah dan mudah disediakan tetapi pada kebanyakan masa, ia sedap dimakan.Tapi anda harus ingat mereka pelbagai peyakit menimpa kita antaranya penyebab kolesterol tinggi.

kolesterol tinggi

cara menurunkan kolesterol

Apa sekalipun pendedahan buruk mengenainya masih tidak mengganggu operasi jualan dan konsumsi dalam skala besar. Lagipun setengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari tidak kira pada waktu siang pagi atau lewat malam jadi asalkan perut lapar pergi sahaja kemana-mana kedai makanan segera yang berhampiran di kawasan rumah anda.

Perkembangan ini menyebabkan wujudnya pelbagai restoran makanan segera bagi memenuhi keinginan masyarakat.

kolesterol tinggi

Apatah lagi ramai ibu masa kini yang bekerja bagi menampung keperluan hidup. Perkara ini secara tidak langsung mengubah cara pemakanan anak dan seisi keluarga apabila ibu bapa tidak sempat menyiapkan makanan berkhasiat di rumah.

Cara paling mudah dengan membawa keluarga makan di restoran makanan segera yang menyediakan juadah ringan, tapi dianggap menyelerakan.

Kandungan yang terdapat di makanan ringan seperti gula, garam, lemak, pengawet, pewarna dan Monosodium Glutamat (MSG) boleh mengakibatkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Antara penyakit yang dihidapi akibat pengambilan makanan ringan yang keterlaluan ialah seperti:-

 

Obesiti – Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

  •  Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  •  Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dankarbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

 

Diabetes – Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalahpengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

 

Kolesterol Tinggi – Dua daripada lima rakyat Malaysia tidak sedar mereka mempunyai paras kolesterol  tinggi, iaitu meliputi 38.6 peratus atau kira-kira 7.8 juta rakyat Malaysia. Paras kolestrol yang tinggi dan penyakit koronari yang berkaitan ialah pembunuh senyap yang tidak memilih mangsa, tiada tanda amaran atau gejala sehingga kejadian buruk telah menimpa. Bila sebut tentang kolesterol ramai yang ingat hanya orang yang berbadan gemuk sahaja akan menghadapi masalah seperti ini. Jangan terkejut, sebenarnya tanggapan itu adalah salah sama sekali kerana kandungan kolesterol  tinggi dalam darah tidak mengikut saiz badan.

 

Makanan segera yang harus dielakkan mengambil secara berlebihan yang kurang elok untuk kesihatan:

  •  Kentang goreng – terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
  •  Burger daging –kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
  •  Makanan ringan(jajan) – mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
  •  Air bikarbonat – kandungan gula yang sangat tinggi

 

Di India, Lembaga Kawalan dan Keselamatan Makanan India (FSSAI) mendapati berlaku pencemaran plumbum dalam mi segera jenama Nestlé’s Maggi. Ia didapari mengandungi 7 kali lebih daripada had yang dibenarkan. Agensi itu segera mengeluarkan notis, “tidak selamat dan berbahaya untuk penggunaan manusia” dan dilupuskan.

Manakala di Korea Selatan, Pentadbiran Makanan dan Dadah Korea (KFDA) menemui bahan penyebab kanser yang dikenali sebagai Nong Shim pada 2012. Penemuan ini membawa kepada penarikan semula produk yang besar di dalam dan di luar negara.

Kesalahan utama yang dilakukan oleh masyarakat kita adalah ibu bapa,yang selalu membelikan anak-anak makanan ringan sebaik sahaja diminta oleh anak-anak. Fikirkan dulu keburukan daripada makanan ringan tersebut sebelum membelikanya. Apabila ibu bapa tidak membeli makanan ringan lama-kelamaan kanak-kanak akan membiasakan diri untuk makan makanan yang sihat.

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini perlu dititik beratkan oleh ibu bapa. Kanak-kanak harus diajar untuk makan makanan seperti sayur-sayuran, buahan-buahan, kekacang, ikan, daging dan lebihkan pengamalan minum air masak sejak mereka masih kecil,supaya apabila dewasa kelak mereka sudah tahu mana baik dan buruk untuk mereka.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *