kolesterol

Cara Menurunkan KOLESTEROL JAHAT Dalam Badan

Kolesterol jahat atau nama sainsnya Low Density Lipoproteins (LDL) merupakan plak lemak yang lebih cenderung untuk melekat di dinding salur arteri. Apabila paras LDL tinggi, boleh menyebabkan salur darah sempit dan lebih teruk lagi menyumbatkan salur darah sehingga menyekat peredaran darah. Pemyempitan atau pemyumbatan ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit yang serius seperti serangan jantung atau strok secara mengejut.

Kolesterol merupakan salah satu lemak (lipid) yang menyerupai lilin. Sebahagian besar kolesterol dihasilkan oleh hati serta sebahagian lainnya didapatkan dari makanan. Kolesterol diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Fungsi kolesterol adalah untuk menghasilkan sel-sel yang sihat, pengeluaran hormon atau vitamin D.

cara menurunkan kolesterol

kolesterol

Memperbaiki kadar kolesterol tidak hanya bererti menurunkan LDL, tetapi meningkatkan HDL. Dengan berusaha memperbaiki kadar kolesterol, anda akan dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan strok. Oleh kerana tubuh dapat menghasilkan kolesterol sendiri dalam jumlah yang cukup, kolesterol yang berasal dari makanan harus dikawal. Dengan disiplin, anda dapat mengambil langkah untuk meningkatkan kolesterol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL.

kolesterol

Merujuk di atas adalah jika kadarnya kurang dari 100 miligram perdesiliter maka LDL normal, antara 100 sampai 129 miligram perdesiliter LDLnya mendekati normal. Batas normal LDL tertinggi adalah 159. Sedangkan jika berada di atas angka tersebut, digolongkan kadar kolesterol tinggi dan juga sangat tinggi.

 

Cara Menurunkan Kolesterol Jahat

1.Mengamalkan Makanan Oat

Oatmeal kaya akan serat yang sanggup menghambat penyerapan kolestrol LDL atau kolesterol jahat. Mulai jadikan sarapan oatmeal sebagai kebiasaan agar kadar kolestrol Anda menurun drastis. Adanya kolestrol jahat yang tinggi di dalam darah bisa jadi awal penyakit berbahaya. Oleh karena itu turunkan kolestrol jahat dengan cara alami di atas.

2.Bersukan

Bersukan diperlukan bukan untuk menurunkan berat badan saja. Telah dibuktikan bahawa dengan bersukan, kadar kolestrol baik pada tubuh akan meningkat. Tidak perlu sukan yang membebani tubuh. Cukup senaman ringan seperti berjalan sihat, jogging, bersepeda, dan berenang. Lakukanlah secara rutin agar kadar kolestrol baik dalam tubuh anda bertambah dan membunuh kolestrol jahat.

3.Jauhi makanan tinggi lemak

Mengatur permakanan yang masuk dalam tubuh memang susah, apalagi jika anda memang hobi makan. Namun mengamalkan makanan sihat mutlak diperlukan. Kerana jika tidak, anda akan terus menerus secara sengaja menambah kadar kolestrol jahat dalam tubuh anda.

4.Pengamalan kekacang / biji-bijian

Nutrisi yang tinggi di dalam biji-bijian utuh dapat meningkatkan kemampuan sel di dalam tubuh berkembang dengan baik untuk mencegah efek dari radikal bebas baik dari luar atau dalam tubuh. Biji-bijian utuh sangat penting untuk kesehatan dan menyediakan berbagai nutrisi seperti protein, fiber, zat besi, magnesium, fosfor, seng, tembaga, mangan, selenium dan vitamin B.

Kacang almond pun juga sangat cepat dalam menurunkan kolestrol dalam tubuh. Peratus saja sampai 10% dari jumlah kolestrol dalam tubuh. Jadi tidak heranlah, apabila ramai pakar kesihatan yang menyarankan penderita kolestrol agar mengamalkan  kacang almond minimal 73 gram setiap harinya.

5.Ganti minuman berkalori tinggi dengan air putih dan teh hijau.

Air putih menyediakan nutrisi esensial untuk organ tubuh dan tidak mengandungi gula yang dapat menaikkan LDL. Teh hijau mengandung substansi yang mengurangi kolestrol jahat. Meskipun makin banyak kes yang mengungkap risiko dan manfaat kopi, sebahagian besar orang bersepakat bahawa kopi berhubungan dengan peningkatan kadar kolestrol.

Oleh karena kebanyakkan telah menyangkal mitos lama tentang kesan negatif kopi terhadap kesihatan, anda tidak perlu menghindarinya. Dengan diet seimbang, kopi dalam jumlah sedang tetap sihat.

6.Ikan Salmon

Cara menurunkan kolestrol secara sihat dan cepat berikutnya iaitu dengan pengambilan ikan salmon. Ikan salmon adalah salah satu jenis ikan yang tinggi akan kandungan Omega-3nya. Omega-3 dalam ikan salmon tersebut bermanfaat untuk meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan trigliserida. Dengan demikian, ikan salmon mampu mencegah tingginya kadar kolestrol. Untuk menurunkan kadar kolestrol menggunakan ikan salmon, anda juga boleh mengubahnya menjadi aneka menu makanan yang lazat. Bahkan minyak ikan salmon pun juga mampu anda manfaatkan.

7.Pengamalan Buah Delima

Cara menurunkan kadar kolesterol dengan mengkonsumsi buah delima. Di dalam buah delima terkandung zat antioksidan yang sangat tinggi, zat tersebut berjenis polifenol yang mampu menurunkan kolesterol jahat secara tetap. Dan telah banyak penelitian yang membuktikan bahawa mengamalkan jus delima setiap hari mampu memperlambat penumpukan kolestrol di dalam arteri.

8.Minum Air Limau Nipis

Limau nipis kaya dengan flavonoid. Flavonoid bertindak sebagai anti-oksidan kuat. Anti-oksidan membantu melindungi tubuh dari bahaya radikal bebas, terutama molekul tidak stabil yang dapat merosak sel-sel sihat.

Anda cukup dengan minum air perahan limau nipis yang dicampur dengan segelas air suam di waktu pagi saat bangun tidur dan sebelum tidur. Lakukan sebagai rutin agar kadar kolestrol jahat segera berkurang.

9.Kulit Manggis

Tidak hanya buahnya yang boleh dimakan, kulit manggis juga memiliki banyak khasiat yang berguna bagi kesihatan tubuh. Kulit manggis mengandungi xanthone yang merupakan bahan aktif sebagai zat anti-kanser dan anti-oksidan, jauh lebih kuat dibandingkan vitamin C dan E. Mengamal ektrak kulit manggis yang terdapat di tokoh jamu atau dengan mesin sendiri kulit manggis lalu meminumnya terus.

10.Bayam

Setengah mangkuk bayam, mampu bermanfaat untuk meningkatkan HDL dan menurunkan LDL. Hal ini kerana bayam boleh melindungi kesihatan organ jantung dengan cara mencegah lemak jenuh menampal pembuluh darah di jantung.

11.Berhenti merokok

Di dalam rokok mempunyai sebuah zat kimia yang disebut akrolein. Zat ini dapat menghentikan aktivitas HDL (kolestrol baik) untuk mengangkut timbunan lemak menuju organ hati sehingga mengakibatkan penyempitan arteri atau aterosklerosis. Dari hal tersebut boleh disimpulkan bahawa merokok merupakan faktor risiko yang sangat besar bagi seseorang untuk mengalami serangan jantung atau stroke.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi

  • Kesemutan / kebas-kebas tangan dan kaki
  • Sering rasa loya / mual
  • Mengalami tegang leher
  • Tubuh cepat letih
  • Sakit kepala
  • Sesak nafas / susah bernafas
  • Sakit dada / ketat dada
  • Otot kaki lemah

Jika tidak mahu berisiko mengalami pelbagai jenis penyakit kerana kolesterol, maka anda harus berhati-hati dengan  ciri-ciri kolestrol tinggi seperti di atas. Tanda-tanda ini sering diabaikan kalau seseorang belum mendapat penyakit yang serius dan lambat mencegah di awal boleh menyebabkan kerugian yang sangat besar di kemudian hari.

Mengingatkan risiko dari kolestrol tinggi, maka perlu dilakukan pemeriksaaan kadar kolestrol dalam darah secara berkala. Pemeriksaan tersebut digalakkan, terutama bagi seseorang yang memiliki keluarga dengan riwayat kolestrol tinggi atau penyakit jantung dan pembuluh darah, serta bagi seseorang yang memiliki berat badan berlebih, hipertensi, atau diabetes.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *