kolesterol tinggi

KOLESTEROL TINGGI Pada Seseorang

kolesterol tinggi

Sekilas Tentang Kolesterol

Kolesterol adalah lemak, seperti lilin, yang ditemukan pada semua sel dalam tubuh. Zat ini mungkin sering dipandang negatif selama ini. Hampir semua orang beranggapan makanan yang mempunyai kolesterol harus dihindari. Namun, tahukah sebenarnya kolesterol diperlukan oleh tubuh?

Ya, tubuh memerlukan zat ini untuk membuat hormon (seperti hormon testosteron, kortisol, dan estrogen), vitamin D, dan asam hempedu untuk membantu mencerna lemak dari makanan. Tubuh sendiri sebenarnya juga mampu membuat semua kolesterol tersebut sesuai keperluan, tapi ini mungkin hanya dalam jumlah kecil.

Kebanyakan kolesterol yang ada dalam tubuh mungkin anda dapatkan dari sumber makanan. Hati akan menghasilkan lebih banyak zat ini jika anda banyak mengamalkan makanan yang mengandung lemak jenuh dan lemak trans. Hal ini kemudian dapat menyebabkan kolesterol tinggi didalam darah.

kolesterol tinggi

Pelbagai Pilihan Makanan Penurun Kolesterol

Beberapa contoh makanan sumber lemak tak jenuh yang boleh jadi ubat kolesterol semulajadi untuk membantu menurunkan kadar LDL yang tinggi adalah :

  • Minyak zaitun
  • Ikan salmon, ikan tuna, sardin, atau ikan kaya omega-3 lainnya (sebaiknya jangan dijadikan bahan digoreng)
  • Kacang kenari, almond, soya, dan kacang-kacangan lainnya
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Oatmeal atau bijirin

Gejala Kolesterol Tinggi Yang Harus Diwaspada

1.Terasa kejang leher dan sakit kepala

Orang yang memilik kolesterol tinggi biasanya akan merasa tegang leher atau bahu terasa berat. Selain itu mudah mengalami sakit kepala dan mudah mengantuk. Hal ini muncul kerana semakin berkurang kadar oksigen mngalir ke otak. Oksigen yang ada dalam pengaliran darah kurang akibat daripada penyempitan oleh penampalan plak dalam arteri.

kolesterol tinggi2.Mudah letih

Walaupun tidak melakukan aktiviti berat, penderita kolesterol tinggi akan merasa keletihan atau mudah lelah kerana aliaran darah yang tidak lancar. Bukan itu sahaja, penderita juga boleh mengalami hilang tumpuan dan terkadang mengalami kebingungan.

kolesterol tinggi3.Kesemutan kaki dan tangan

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan terjadinya penyumbatan pembuluh arteri yang berfungsi mengalirkan darah dari jantung ke organ-organ tubuh yang lain sehingga kaki dan penderita kolesterol tinggi biasanya sering mengalami mati rasa atau kesemutan di bahagian tangan dan kaki.

4.Masalah pencernaan

Plak yang menempel di dinding arteri dapat menyumbat pembekalan darah ke usus dan ginjal sehingga boleh menyebabkan pelbagai masalah pencernaan mulai dari sakit perut, tinja berdarah, muntah-muntah.

kolesterol tinggi5.Sakit di rahang

Apabila jantung kurang mendapatkan darah akibat terjadi penyumbatan pembuluh arteri maka boleh mengakibatkan sakit dada (Angina), gejala akibat sakit dada ini sebenarnya beragam seperti rasa lenguh di punggung, tangan tetapi banyak penderita yang mengalami sakit terutama di rahang bahagian bawah.

kolesterol tinggi6.Timbul biji-biji kolesterol (xanthelasma)

Kolesterol yang tinggi pada kes-kes tertentu juga dapat menunjukkan apa yang dinamakan Xanthelasma iaitu benjolan berwarna kuning atau putih di bahagian dalam sudut kelopak mata anda, keadaan ini juga boleh menandakan seseorang memiliki risiko yang tinggi terkena penyakit jantung.

kolesterol tinggi7.Sakit Dada

Orang yang miliki kolesterol tinggi juga mengalami sakit dada, hal tersebut muncul ketika darah dari arteri yang menuju jantung mengalami penyempitan atau penyumbatan. Jantung terpaksa pam darah keluar dengan kuat dan sekali gus boleh mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

kolesterol tinggi8.Sakit bahagian persendian

Gejala kolesterol dan sakit urat yang paling sering muncul adalah rasa sengal atau ngilu pada persendian, yang kemudian disertai dengan pembengkakan dan kemerahan. Selain itu, saat bangun tidur, penderita gejala sakit urat tinggi dan kolesterol juga cenderung mudah terkena kesemutan berulang-ulang kali.

kolesterol tinggi

Ciri-ciri Kolesterol Tinggi

  • Mengalami Obesiti

Obesiti atau berat badan berlebihan juga banyak memberi kesan pada kolesterol yang tinggi disebabkan pengambilan atau amalan makan yang tidak sihat. Makanan seperti mengandungi lemak tepu atau pun berkolesterol tinggi.

  • Hipertensi / Darah Tinggi

Kolesterol tinggi dan darah tinggi memang saling melengkapi satu sama lain kerana apabila saluran darah menjadi tersumbat maka jantung perlu bekerja lebih keras bagi mengepam darah yang keluar dan akibatnya naik tekanan darah dalam tubuh.

  • Diabetes / Kencing Manis

Pesakit kencing manis lebih cenderung memilik kadar kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida yang tinggi.

  • Masalah Lelaki

Bagi kaum lelaki, kolesterol tinggi juga boleh memberi kesan pada zakar yang boleh menyebabkan impotensi atau disfungsi ereksi kerana tersumbatnya pembuluh darah akibat penampalan kolesterol untuk mengalirkan darah ke zakar menjadi perlahan atau sedikit.

Perbezaan Kolesterol Baik (HDL) dan Kolesterol Jahat (LDL)

Kolesterol HDL

High Desity Lipoprotein (HDL) tidak mengandungi banyak lemak tetapi mengandungi banyak protein berbeza dengan  kolesterol jahat. HDL berfungsi sebagai pembersih dalam saluran pembuluh darah arteri. Jadi kolesterol baik (HDL) akan membersihkan kolesterol jahat yang terlalu tinggi dalam pembuluh darah arteri untuk mengalirkan darah. Jika kadar HDL tinggi risiko penyakit jantung sangat kecil tetapi jika HDL rendah akan mengakibatkan penyakit jantung.

Kolesterol LDL

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)  atau kebiasaan dipanggil sebagai kolesterol jahat. Kandungan LDL yang tepat dalam tubuh sekitar 60% sampai 70%. LDL akan membawa kolesterol ke seluruh tubuh yang perlu melalui jaringan arteri. Tetapi jika LDL terlalu banyak, kolesterol akan menampal pada dinding arteri sehingga menyebabkan plak-plak. Timbunan kolesterol tersebut akan menyempit dan menyumbat saluran pembuluh arteri. Kolesterol jahat terpengaruh dengan kadar lemak jenuh dalam tubuh dan kandungan kolesterol yang kita makan. Jika kadar kolesterol tinggi, anda perlu mengambil langkah bijak untuk mengamalkan diet rendah lemak.

Jadi untuk mengawal kadar kolesterol LDL dan kolesterol HDL dalam tubuh. Anda harus mengatur pengambilan makanan setiap harinya. Jika semuanya kadar normal akan mampu membuat anda terhindar dari penyakit-penyakit yang berbahaya. Jaga pola makan, istirehat yang cukup dan senaman yang cukup. Jika kadar kolesterol terlalu tinggi, anda disarankan untuk melakukan diet rendah lemak dan jangan mnegamalkan sembarangan ubat kolesterol, kerana di zaman sekarang sangat banyak lambakkan ubat kolesterol yang mengandungi bahan kimia berbahaya, malah merosak tubuh anda. Jadi apa cara untuk mengawal kolesterol? Amallah ubat herba bahan semulajadi seperti JUS JIEBEE yang tanpa kesan sampingan dan sudah terbukti menurunkan kolesterol banyak orang. Sekian artikel kali ini, semoga kita boleh mendapat manfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *