tekanan darah

Tekanan Darah Tinggi.?

tekanan darah

 Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit dalam diam yang   mengakibatkan banyak komplikasi darah tinggi dan juga kematian jika tidak dirawat. Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan darah yang membawa darah keseluruh badan.Namun ,tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

tekanan darahBerikut adalah senarai kajian ynag telah dibuat mengenai masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi :-

  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas                    menghidapi hipertensi (darah tinggi).

Bacaan tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75 dan terbahagi kepada 2 iaitu systolik ( yang di atas ) dan diastolik ( yang di bawah ).

tekanan darah

Kedua dua nombor ni, ada kesinambungannya, iaitu:

Systolik ( yang di atas )– nombor ini menentukan tekanan darah dalam badan kita bila jantung berfungsi ( heart beats ).

Diastolik ( yang di bawah ) pula – tekanan darah dalam sistem vascular badan kita, untuk apabila kita sedang berehat, atau relaxing.

Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

tekanan darah

Penyebab hypertensi atau tekanan darah tinggi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun ianya boleh disebabkan oleh:-

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Penyakit buah pinggang

Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala.
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi).
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

tekanan darah

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
  • Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.
  • Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
  • Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
  • Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
  • Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
  • Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
  • Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
  • Aneurysm,kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

tekanan darah

ANTARA CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI

 

1.Kurangkan pengambilan garam

 

tekanan darah

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka. Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah anda?

2.Makan bunga raya

tekanan darah

Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.

3.Senaman

 

 

tekanan darah

Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

Cara-cara

Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.

4.Pengambilan makanan atau jus kesihatan.

darah tinggi

Jus yang dibuat darpada gabungan cuka epal,lemon dan halia begitu terkenal memberi manfaat untuk merawat tekanan darah tinggi dan mengurangkan paras kolesterol. Seperti Jus Jiebee yang mana kesemua bahan didalamnya diperbuat daripada pati bahan semuala jadi antaranya:-

  • Madu tualang
  • Halia
  • Lemon
  • Delima
  • Cuka epal
  • Bawang putih
  • Arabic Gum

Jus ini juga mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. Sebaiknya mula amalkan pengambilan jus ini apabila usia anda memasuki lewat 20-an. Jika anda mengamalkan jus ini setiap hari, maka anda tidak perlu bimbang tentang masalah tekanan darah tinggi lagi.

Selain itu,jus ini juga mampu menurunkan kadar kolestrol secara langsung dapat membersihkan segala kolesterol-kolesterol yang tersumbat pada arteri kita.
Kebanyakan pengguna yang mengamalkan jus ini pun telah berjaya menurunkan tekanan darah tinggi yang dihadapi oleh mereka,antaraya :-

tekanan darah

Ini En Owie yang berasal dari sebarang Sabah,selepas pengambilan 4 botol Jus Jiebee kini bacaan tekanan darahnya menurun.

Bukan itu sahaja,beliau juga berjaya mengurangkan berat badan sepanjang pemgambilan 4 botol jus jiebee tersebut.

tekanan darah

Ini pula Puan Fatimah 58 tahun asal daripada Klang,Selangor.Beliau juga berjaya menurunkan tekanan darahnya.Walaupun hanya mengamalkan jus ini dipagi hari sahaja, namun dalam masa sebulan Puan Fatimah berjaya menurukan tekanan darah daripada 150/90 menjunam terus ke 138/84.

Akhir kata, jangan diambil ringan jika ada tanda-tanda darah tinggi. Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Jagalah kesihatan diri anda.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *