sakit pinggang

6 Punca Sakit Pinggang Dan Petua Mengatasi

Sakit pinggang berlaku kepada setiap orang, simpton ini bukanlah satu petanda besar kepada sesebuah penyakit yang serius seperti arthritis atau tulang retak.  Tapi jika dibiarkan ia boleh mengganggu pergerakkan tubuh kita, seterusnya menyebabkan kita sukar bergerak. 

sakit pinggang

cara menurunkan kolesterol

Ada banyak punca untuk sakit belakang. Lumbago adalah satu penyebab sakit belakang. Lumbago adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kesakitan belakang. Kesakitan belakang boleh datang tiba-tiba selepas mengangkat barang atau pergerakan berulang ketika menghias, berkebun dan lain- lain. Faktor di dalam rumah boleh jadi punca kena sakit belakang, contohnya keadaan tilam lama atau keadaan kasut yang tidak sesuai.

Sakit pinggang mungkin disebabkan oleh masalah di bahagian tulang, otot, organ – organ di bahagian tersebut, kecederaan ataupun masalah saraf. Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah-tengah bahagian belakang. Penyebab dari masalah tulang ialah:

  • Patah tulang belakang (Spondilolisis)
  • Patah tulang rusuk
  • Scoliosis (kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
  • Kyphosis (kebengokkan tulang belakang ke bawah)

Otot belakang yang terseliuh dan ketegangan otot belakang juga boleh menjadi punca sakit pinggang yang dikenali sebagai lumbago. Penyebab sakit pinggang dari masalah organ berbeza mengikut lokasinya samaada sebelah kanan atau sebelah kiri.

Sakit sebelah kanan :

  • Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu
  • Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun dan barah buah pinggang

Sakit sebelah kiri :

  • Masalah buah pinggang atau untuk golongan wanita, boleh disebabkan masalah rahim dan juga ovari. Masalah seperti fibroid ataupun risa lender ovari juga boleh menyebabkan sakit pinggang.
  • Masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman

PUNCA SAKIT PINGGANG

1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang.sakit pinggang

Tilam harus memberi sokongan badan belakang secara seragam, yang bermaksud tidak ada ruang kosong di antara tubuh dan tilam ketika berbaring. Kebanyakan orang lebih baik dengan tilam separa keras atau keras sepenuhnya, mungkin dengan bantal yang lembut mengikut bentuk badan. Sekiranya ketika baring dan menjadi tenggelam,  mungkin sudah masanya untuk membeli tilam baru agar membantu menghilangkan sakit belakang selepas bangun pagi.

2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang.

sakit pinggang

Kedudukan postur tubuh yang salah seperti selalu membongkok boleh menyebabkan sakit belakang. Pusat garisan telinga haruslah berada di atas garisan bahu, bahu pula harus selari dengan pinggul dan pinggul berada pada garisan pergelangan kaki. Membongkok ke hadapan atau menjatuhkan bahu semasa duduk di hadapan computer atau semasa melihat telefon, boleh menyumbang  kepada kekejangan otot dan boleh memberi tekanan pada saraf belakang leher.

3. Pemakaian kasut dengan tumit tinggi (Stilettos)

sakit pinggang

Bertumit tinggi bukan berita baik untuk kasut terbaik untuk belakang kita. Kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan akan menimbulkan gejala sakit pinggang. Tetapi sepasang kasut yang lusuh juga dapat mengubah gaya hidup dan menyebabkan sakit belakang jika dipakai, jadi pastikan sentiasa mengganti kasut lama kepada yang baru. Kasut tanpa sokongan lengkung tapak kaki yang betul boleh menjejaskan corak langkah dan itu boleh menimbulkan masalah.

4. Malas bersenam atau kurang bersenam

sakit pinggang

Menjadi tidak aktif boleh membawa kepada peningkatan berat badan  dan gejala sakit belakang. Manakala, senaman memberikan tenaga otot yang diperlukan untuk menyokong tulang belakang dan mengelakkan sakit. Kurang bersenam boleh menyebabkan kelenturan dan sendi-sendi ikut menurun sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang sederhana.

5. Pengaruh sesuatu penyakit

sakit pinggang

Pengaruh sesuatu penyakit juga menyebabkan sakit pinggang seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang atau gangguan metabolik

6. Merokok

sakit pinggang

Rokok bukan hanya memberi kesan kepada jantung dan paru-paru tetapi merokok juga merosakkan sel-sel di seluruh badan oksigen, di mana otot juga menjadi lemah dan akhirnya membawa kepada sakit belakang. Menurut kajian yang diterbitkan 2014, penyelidik mendapati bahawa orang yang merokok mempunyai 3 kali peluang untuk mengalami sakit belakang.

 

CARA MENGATASI SAKIT PINGGANG

  1. Pilih tilam atau alas tidur yang baik membantu mengurangkan ketidakselesaan sakit pinggang ini.
  2. Amalkan postur duduk dan berjalan yang betul
  3. Pilih kasut yang bersesuai dengan bentuk kaki dan yang bersesuai dengan berat badan
  4. Lakukan senaman ringan setiap hari walaupun hanya melakukan naik turun tangga dan gerak tubuh bagi mengurangkan kesakitan
  5. Pengambilan susu 4 gelas sehari atau supplement kalsium yang mencukupi

PETUA MENGATASI SAKIT PINGGANG

Bahan-bahan :

4 ulas bawang putih dan cincang halus

200 mL susu cair

Madu asli secukupnya

Cara membuat :

Panaskan susu cair dengan api yang perlahan, lalu masukkan bawang putih yang sudah di cincang halus, lalu didihkan. Tambahkan madu secukupnya ketika hendak meminumnya. Minum campuran susu dan bawang putih ini sehari sekali.

Jika anda bukan seorang yang gemar minum susu atau bukan tergolong orang berdisiplin yang mampu minum susu 4 kali sehari, saranan saya ambillah Jus Jiebee. Jus Jiebee terdiri daripada gabungan 7 ramuan semulajadi iaitu madu, delima, cuka pati epal, halia, bawang putih, lemon dan arabic gum. Hanya perlu diambil 2 kali sehari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur, mudah dan semestinya berkesan!

 

Berikut ialah testimoni pengguna yang telah mencuba Jus Jiebee Healthy

Badan terasa ringan selepas beberapa hari minum Jus Jiebee

Mudah untuk tidur dan mendapat tidur yang lena

Badan terasa sedap (ringan) dan terasa lebih bersemangat

Kelebihan dan khasiat Jus Jiebee Healthy :

  1. Membantu penjagaan hati dan buah pinggang
  2. Melancarkan proses-proses pembuangan (perkumuhan)
  3. Membantu menurunkan berat badan
  4. Membantu untuk pesakit tekanan darah tinggi, kencing manis, gout serta meningkatkan sistem pertahanan badan
  5. Menyelesaikan masalah jantung, arteri tersumbat dan merendahkan kolestrol
  6. Mencairkan lemak dan melancarkan pengaliran darah
  7. Melegakan sakit-sakit badan dan rasa lesu serta sakit kepala

sakit pinggang

Cara terbaik untuk mengatasi sakit pinggang adalah dengan cara mengetahui penyebabnya dan kemudian cari penyelesaian yang tepat mengikut puncanya. Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda sakit pinggang pada peringkat awal sebelum menjadi lebih parah. Segera dapatkan nasihat doktor atau buat pemeriksaan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. 

 

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *