kuruskan badan

Antara 4 punca utama kenapa anda “GAGAL” kuruskan badan.!

“Aduh bulan depan dah nak kahwin,macam mana nak kuruskan badan dalam masa sebulan nie”

kuruskan badan

cara menurunkan kolesterol

Bercakap mengenai berat badan berlebihan atau pun obesiti kita tidak terlepas daripada mengaitkanya dengan seseorang yang bertubuh badan besar atau gempal.Obesiti atau berat badan berlebihan ini bukanlah keadaan yang dapat kita elakkan.Ianya berlaku diseluruh dunia tanpa mengira bangsa,warna kulit,umur malahan kanak kanak dibawah umur juga mengalaminya.

Dipetik dari sumber Akhbar peratusan rakyat Malaysia yang menghidap masalah obesiti adalah sebanyak 45.3%, ini bermakna hampir  8.3 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan yang mana 4 juta daripadanya mempunyai masalah berat badan melampau atau obesiti.

Di bawah disenaraikan 4 punca utama yang menyebabkan seseorang itu gemuk atau obes.

kuruskan badan

1. Pemakanan

Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat anataranya ialah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis,makanan segera atau makanan proses.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

Selain itu, Lambakan makanan segera dalam pasaran menyebabkan masyarakat lebih memilih ia sebagai makanan harian. Ada sesetengah masyarakat mengakui menjadikan makanan segera sebagai makanan utama. Ianya turut diakui apabila para pelajar juga menjadikan makanan segera sebagai makanan rutin harian.

Hal ini kerana,masyarakat kita masih kurang dengan pendedahan tentang keburukan makanan segera.Oleh itu,dalam hal ini ibu bapa perlulah menjadi contoh atau teladan kepada anak-anak,didik mereka dari kecil lagi dan berikan pendedahan tentang bahananya mengamalkan makanan segera ini dalam kehidupan seharian.

kuruskan badan2.Tidak bersenam

Disebabkan oleh kesuntukan serta kekangan masa bekerja seharian,ramai dikalangan rakyat Malaysia kita kurang mengamalkan senaman dan ada juga yang menjadikan ianya sebagai satu alasan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  hasil kajian mendapati hampir 75% rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang bersenam.

Terdapat beberapa kesan buruk jika kita tidak mengamalkan senaman dalam hidup kita seperti contoh untuk 2 minggu pertama jika kita tidak bersenam,kekuatan otot akan berkurangan serta kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun.

Untuk 2 bulan yang seterusnya,otot sukar dilentur sehinggakan boleh menyebabkan kecederaan pada tubuh fizikal kita.Dengan erti kata lain pergerakan seharian kita pun akan terbatas.Seterusnya, jika dalam masa 2 tahun tidak bersenam pengumpulan lemak badan akan meningkat serta kekuatan jantung untuk mengepam darah akan  berkurangan sebanyak 50% dan sakit sakit sendi kerap menyerang.

Senang kata amalkan senaman dalam kehidupan seharian kalau nak kuruskan badan.

  3.Masalah tekanan mental atau stress

Bila otak terlalu risau atau pun berserabut, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat.

Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana  tindak balas yang berlaku dalam badan kita sendiri. Dalam keadaan stress, tekak akan lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini.

Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stress, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Selain itu juga,stress juga boleh menjadikan kadar metobolisme semakin perlahan,secara tidak langsung ianya membantu lagi peningkatan berat badan kita.Tahukah anda bahawa pentingnya mempunyai kadar metobolisme yang seimbang untuk mendapatkan fungsi badan yang sihat secara menyeluruh.

4.Masalah-masalah kesihatan

Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan faktor kesihatan atau penyakit yang tiada kaitan dengan pemakanan. Di antara contoh penyakit adalah:

Hypothyroidism – keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.

Sindrom Cushing – sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.

Kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan.

 

Sekarang anda sudah tahu puncanya ?

Oleh itu,terdapat beberapa tips ringkas cara menurunkan berat badan yang boleh diamalkan.

 

Jangan makan malam

Cuba tips kuruskan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!.

Memang benar kerana kesibukan kehidupan seharian kita dengan kerja serta mencari rezeki, tubuh badan kita akan lebih cepat terasa lapar.Namun kita boleh gantikan hidangan kita dengan hidangan yang lebih berkhasiat serta rendah kalorinya antaranya secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang. 

Latih badan dengan aktiviti fizikal

Formula untuk kuruskan badan adalah, lebih banyak anda bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus. Untuk menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian. Cara kuruskan badan dengan gabungan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan peluang untuk kurus secara berkesan.

Cuba lakukan apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan anda bergerak. Sekiranya anda kerap menaiki lif ke tempat kerja, apa kata cuba menaiki tangga untuk sampai ke pejabat. Parkir kereta jauh sedikit supaya anda boleh kerap berjalan.Jika anda pergi ke kedai dan jaraknya adalah dekat, cuba berjalan kaki dan tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak supaya lebih banyak kalori dapat dibakar.

Perlu diingat pesakit obes yang kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa kegiatan fizikal.

 

Pengambilan makanan  atau minuman kesihatan

Selain penjagaan pemakanan dan lakukan aktiviti fizikal,pengambilan makanan atau minuman kesihatan juga boleh dijadikankan sebagai tips salah satu cara kuruskan badan.

Antaranya adalah dengan mengamalkan Jus Jiebee Healthy yang mana mempunyai pati  ramuan-ramuan terpilih seperti lemon,bawang putih,halia,al-manar,delima,cuka pati epal dan madu yang mana sebahagianya merupakan bahan utama untuk menurunkan berat badan.

Dengan mengamalkan pengambilan 2 sudu pada sebelah pagi dan 2 sudu sebelah malamnya ianya mampu untuk membuang toksin-toksin didalam badan.Selain itu,tahukan anda bahawa cuka pati epal adalah antara ejen terbaik untuk merawat diabetis,masalah jantung serta dapat menurunkan kadar kolesterol didalam badan.

kuruskan badan

Dikongsikan satu testimoni En, Owie 39 tahun dari Sabah yang mana telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg!.Seperti gambar yang tertera, sebelum ini berat badannya 76kg dan kini berat badanya hanya 68kg.

Testimoni ini juga mempunyai masalah lain iaitu tekanan darah tinggi,yang mana sebelum ini tekanan darahnya adalah 180/97 dan kini dia berjaya menurunkan tekanan darahnya ke 130/80.
kuruskan badan

Jus Jiebee Healthy bukan sahaja dapat menurunkan berat badan,malah ianya dapat menyelesaikan beberapa masalah penyakit yang lain antaranya :-

  1. Membantu penjagaan hati dan buah pinggang.
  2. Melancarkan proses pembuangan (perkumuhan).
  3. Membantu untuk pesakit tekanan darah tinggi,kencing manis dan gaut serta dapat meningkatkan system pertahanan badan.
  4. Menyelesaikan masalah jantung arteri tersumbat dan merendahkan kolesterol.
  5. Mencairkan lemak dan melancarkan peredaran darah.
  6. Melegakan sakit sakit badan,lesu dan sakit kepala.

Akhir kata,jangan terburu-buru dalam proses menguruskan badan.Biar perlahan-lahan asalkan berat badan turun.Yang paling penting,kena istiqamah dan konsisten mengamalkan gaya hidup sihat dalam proses menurunkan berat badan.

Gaya hidup sihat yang ingin dicapai bukan sahaja perlukan komitmen daripada aspek fizikal semata-mata, tetapi status mental seseorang juga perlu stabil dan kekal tenang. Minda dan jasmani yang sihat membuatkan hormon lebih stabil dan metabolisme seimbang. Seperkara lagi, pastikan anda mengikut cara kuruskan badan yang betul. Barulah berkesan!.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *